SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN TERCELA MUKMININ
A. SIFAT-SIFAT TERPUJI MUKMININ
1.
Taubat
artinya meninggalkan segala perbuatan
tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t.
Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
a)
Meninggalkan maksiat dengan
kesedaran.
b)
Menyesal dengan perbuatan yang
telah dikerjakan.
c)
Berazam tidak akan mengulangi
perbuatan itu lagi.
2.
Khauf
artinya takutkan Allah s.w.t, takutkan kemurkaanNya dengan memelihara din dan
melakukan perkara-perkara yang ditegah.
3.
Zuhud
artinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta
tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta
yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.
4.
Sabar
artinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.
5.
Syukur
artinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir
mahupun batin semuanya adalah dari Allah dan merasa gembira dengan nikmat itu
serta bertanggungjawab kepada Allah.
6.
Ikhlas
artinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua
perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana
tujuan lain.
7.
Tawakal
artinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
8.
Mahabbah
artinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan
beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari
melakukan maksiat.
B. SIFAT-SIFAT TERCELA MUKMININ
1.
Syarhul
Thaa’am artinya gemar kepada makan atau makan
terlalu banyak.
2.
Syarhul
Kafam artinya gemar kepada bercakap yang
sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.
3.
Gha’dhab
artinya bersifat pemarah dan cepat
melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.
4.
Hasad
artinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu
susah.
Wallahua'alam....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar